>SELAMAT DATANG KE BLOG KG GEMENCHEH LAMA

Sunday, July 16

Program Jom Sihat Komuniti Gemencheh Lama

16 Julai 2017, seawal jam 7.30 pagi , peserta KOSPEN telah berjalan 10000 langkah dan akitiviti panas badan..
Turut hadir bersama isteri YB Dato Mohd Isam ADUN Gemencheh iaitu , Datin Ruzita Zainal.
Selepas selesai berjalan semua peserta membuat pemeriksaan kesihatan iaitu BP, timbang berat , RBS dan ukur tinggi.Alhamdulillah semua berjalan lancar











Friday, July 14

Mesyuarat KHAS AJK JKK

14 Julai 2017
Satu mesyuarat jawatankuasa JKK diadakan  bagi membincangkan persiapan sambutan Anugerah Desa Perdana Peringkat Kebangsaan pada 23 Julai 2017 .Semoga apa yang dibincang akan dipermudahkan oleh Allah swt.



Thursday, July 13

ZIARAH RAYA LORONG TANJUNG MELINTANG

12 Julai 2017, Tanjung Melintang 
JKKK Mengadakan ziarah raya untuk mengeratkan lagi silaturrahim penduduk kampung Tanjung Melintang .Ribuan terima kasih kepada rumah Pn Rosidah Mohidin  dan juga merupakan AJK JKKK yang telah sudi menjadi tuan rumah untuk majlis ini.Turut hadir sama ialah Encik Zaza ,Pegawai Mara Daerah iaitu pegawai angkat JKKK Gemencheh Lama.






Wednesday, July 12

TAUKE BONSAI

Pada semua peminat bonsai ,
En Abu Talib adalah seorang peminat dan pengusaha bonsai .Beliau membuat sendiri dirumah dan sekitar rumah beliau dihiasi dengan pokok bonsai
Beliau juga sering dijemput menjadi master dalam proses penjagaan dan  tanam bonsai.Hampir semua negeri dijelajahi.
Sesiapa berminat boleh terus hubungi beliau ...facebook Abu Talib









Thursday, June 22

SUMBANGAN DUIT RAYA KEPADA KANAK-KANAK TABIKA DAN PDK GEMENCHEH LAMA

Gemencheh Lama, 22 Jun 2017 / 27 Ramadan 1438H
Sumbangan duit raya dari JKKK Gemencheh Lama kepada TABIKA Perpaduan dan TABIKA KEMAS Gemencheh Lama  dan PDK Kawasan Gemencheh sempena hari raya aidilfitri yang akan menjelang.
Duit raya telah disampaikan oleh Pengerusi JKKK sendiri.









Tuesday, June 20

AKHBAR SINAR



PROGRAM FREE MARKET, MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN DAN PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK

Gemencheh Lama, tanggal 19 Jun 2017 bersamaan 24 Ramadan 1438H bertempat di Masjid Jamek Gemencheh telah diadakan Program Free Market, Penyampaian Sumbangan dan Agihan Bubur Lambuk Anjuran JKKK bersama Pejabat DUN dan KEMAS Negeri Sembilan


























. Terima kasih pada semua yang terlibat iaitu Pejabat ADUN Gemencheh, YB Dato Mohd Isam Mohd Isa, Pengarah KEMAS N9, Pegawai KEMAS Daerah Tampin, JKKK, masjid, penyumbang juadah  free market dan keseluruhan warga Gemencheh Lama dalam menjayakan program yang penuh bermakna ini.
Hanya Allah yang dapat membalas jasa semua..