>SELAMAT DATANG KE BLOG KG GEMENCHEH LAMA
Showing posts with label Program. Show all posts
Showing posts with label Program. Show all posts

Wednesday, August 23

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH DESA PERDANA PKT KEBANGSAAN 2017

Alhamdulillah....JKKK Gemencheh Lama dah buat yang terbaik dan segalanya adalah rezeki daripada Allah SWT.Kami bersyukur pada tanggal 22 Ogos 2017 ( Selasa ), di Dewan Tun Razak 2,PWTC Kuala Lumpur telah berlangsungnya majlis penyampaian tersebut.Walaupun kami mendapat saguhati kami tetap telah buat yang terbaik untuk kampung kami.
Terima kasih pada semua pihak yang terlibat terutama YB Dato  Mohd Isam bin Mohd Isa,ADUN Gemencheh yang telah banyak memberi sokongan.
Bas telah disediakan dan kami bergerak pada 21 Ogos 2017 Isnin jam 12.30 tgh. Kami menginap di Hotel Cyrstal Crown , Petaling Jaya.























Wednesday, July 19

PROGRAM KEMBARA PASARAYA SIHAT KOSPEN


 18 Julai 2017 , Selasa.
 Tempat : Pasaraya Giant Tampin
 Program : Kembara Pasaraya Sihat ( Pengurusan Berat Badan )
 Peserta : 1. Faridah Md Nor
                2. Muhamad Adni Daud
                3. Haslina Mohd Kasim
                4. Nurshawani Baharuddin
                5. Nurnazatul Husna Abu
Anjuran : Pejabat Kesihatan Daerah Tampin

Alhamdulillah selesai aktivti diharap peserta akan mempraktikkan ilmu yang dipelajari ke dalam keluarga , masyarakat kampung.










Sunday, July 16

Program Jom Sihat Komuniti Gemencheh Lama

16 Julai 2017, seawal jam 7.30 pagi , peserta KOSPEN telah berjalan 10000 langkah dan akitiviti panas badan..
Turut hadir bersama isteri YB Dato Mohd Isam ADUN Gemencheh iaitu , Datin Ruzita Zainal.
Selepas selesai berjalan semua peserta membuat pemeriksaan kesihatan iaitu BP, timbang berat , RBS dan ukur tinggi.Alhamdulillah semua berjalan lancar











Thursday, June 22

SUMBANGAN DUIT RAYA KEPADA KANAK-KANAK TABIKA DAN PDK GEMENCHEH LAMA

Gemencheh Lama, 22 Jun 2017 / 27 Ramadan 1438H
Sumbangan duit raya dari JKKK Gemencheh Lama kepada TABIKA Perpaduan dan TABIKA KEMAS Gemencheh Lama  dan PDK Kawasan Gemencheh sempena hari raya aidilfitri yang akan menjelang.
Duit raya telah disampaikan oleh Pengerusi JKKK sendiri.