>SELAMAT DATANG KE BLOG KG GEMENCHEH LAMA

Thursday, June 22

SUMBANGAN DUIT RAYA KEPADA KANAK-KANAK TABIKA DAN PDK GEMENCHEH LAMA

Gemencheh Lama, 22 Jun 2017 / 27 Ramadan 1438H
Sumbangan duit raya dari JKKK Gemencheh Lama kepada TABIKA Perpaduan dan TABIKA KEMAS Gemencheh Lama  dan PDK Kawasan Gemencheh sempena hari raya aidilfitri yang akan menjelang.
Duit raya telah disampaikan oleh Pengerusi JKKK sendiri.









Tuesday, June 20

AKHBAR SINAR



PROGRAM FREE MARKET, MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN DAN PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK

Gemencheh Lama, tanggal 19 Jun 2017 bersamaan 24 Ramadan 1438H bertempat di Masjid Jamek Gemencheh telah diadakan Program Free Market, Penyampaian Sumbangan dan Agihan Bubur Lambuk Anjuran JKKK bersama Pejabat DUN dan KEMAS Negeri Sembilan


























. Terima kasih pada semua yang terlibat iaitu Pejabat ADUN Gemencheh, YB Dato Mohd Isam Mohd Isa, Pengarah KEMAS N9, Pegawai KEMAS Daerah Tampin, JKKK, masjid, penyumbang juadah  free market dan keseluruhan warga Gemencheh Lama dalam menjayakan program yang penuh bermakna ini.
Hanya Allah yang dapat membalas jasa semua..

BENGKEL PENAMBAHBAIKAN ASPEK ANUGERAH DESA PERDANA 2017

Sesi perbincangan dan bengkel penambahbaikan aspek Anugerah Desa Perdana 2017 telah diadakan pada 19 Jun 2017  Isnin bertempat di Balairaya Gemencheh Lama..Ketua panel dan panel penilai peringkat negeri bersama urusetia  telah hadir.
Semua pengerusi aspek telah diterangkan mengenai penambahbaikan aspek untuk persiapan ke peringkat kebangsaan,...inshaallah









Saturday, June 17

PROGRAM SINGGAH SAHUR JKKK BERSAMA KRT GEMENCEH LAMA

17 JUN 2017 Sabtu  bersamaaan 22 ramadan 1438H
Program singgah sahur dan penyampaian sumbangan kepada En Mohamad Sindin di kampung Tanjung Melintang. Anjuran bersama JKKK dan KRT Gemencheh Lama
terima kasih kepada semua ajk JKKK, Pengerusi dan AJK KRT dan semua yang terlibat menjayakan program tersebut.