>SELAMAT DATANG KE BLOG KG GEMENCHEH LAMA

Tuesday, June 20

BENGKEL PENAMBAHBAIKAN ASPEK ANUGERAH DESA PERDANA 2017

Sesi perbincangan dan bengkel penambahbaikan aspek Anugerah Desa Perdana 2017 telah diadakan pada 19 Jun 2017  Isnin bertempat di Balairaya Gemencheh Lama..Ketua panel dan panel penilai peringkat negeri bersama urusetia  telah hadir.
Semua pengerusi aspek telah diterangkan mengenai penambahbaikan aspek untuk persiapan ke peringkat kebangsaan,...inshaallah









Saturday, June 17

PROGRAM SINGGAH SAHUR JKKK BERSAMA KRT GEMENCEH LAMA

17 JUN 2017 Sabtu  bersamaaan 22 ramadan 1438H
Program singgah sahur dan penyampaian sumbangan kepada En Mohamad Sindin di kampung Tanjung Melintang. Anjuran bersama JKKK dan KRT Gemencheh Lama
terima kasih kepada semua ajk JKKK, Pengerusi dan AJK KRT dan semua yang terlibat menjayakan program tersebut.













Friday, June 16

MAJLIS BERBUKA PUASA KRT,TBK DAN JKKK

Gemencheh , 16 Jun 2017 bersamaan 21 Ramadan 1438H
Majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan fakir miskin KRT Gemencheh Lama ,JKK dan TBK..Terima kasih pada semua yang terlibat









Tuesday, June 13

KOSPEN PENGURUSAN BERAT BADAN

Gemencheh. Lama 13.06.2017 ( Selasa )
Program Pengurusan Berat Badan telah diadakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Tampin bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Kesihatan Gemencheh. Seramai 7 orang telah menyertai program tersebut.









MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM FREE MARKET DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN SERTA BUBUR LAMBUK

13 Jun 2017 jam 3.00 petang di balairaya Gemencheh Lama telah diadakan mesyuarat penyelarasan program Free Market Juadah Berbuka puasa, penyampaian sumbangan asnaf , agihan bubur lambuk anjuran JKKK dengan kerjasama Pejabat DUN dan KEMAS Negeri Sembilan.
Alhamdulillah semoga apa yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.



Sunday, June 11

PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA BALU BENDAHARI JKKK

Mengenang jasa Allahyarham Encik Lokman Bin Ismail iaitu Bendahari JKKK Gemencheh Lama
Pihak JKKK telah bersetuju menyampaikan sedikit sumbangan kepada balu Allahyarham.
Pada 11.06.2017 ( Ahad ) jam 3.00 petang , JKKK telah pergi ke rumah allahyarham dan sumbangan telah diterima oleh menantu beliau Encik Mohd Tarmizi Hashim.
Bersama berdoa agar roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang beriman..